Salam Ramadhan
Assalamualaikum...
Lama juga abam tak bersiaran ye. Diam tak diam, Ramadhan dah hampir menuju destinasinya. Sepanjang Ramadhan Kareem ini Warung Nostalgia beroperasi di Bazar Ramadhan Tanah Rata, di Gerai No. 31. Operasi di warung ditutup sepenuhnya kecuali bagi penyediaan makanan untuk anak-anak Pusat Anak Permata Negara, Cameron Highlands.
Macam-macam yang dilalui sepanjang Ramadhan ini. Tapi alhamdulillah, tempahan untuk masa-masa mendatang tetap diterima. Syukur.
Di bazar, kami menyediakan pelbagai juadah terutamanya masakan kampung seperti keli balado, daging salai masak lemak, keli salai masak lemak, gulai tempoyak ikan patin dan macam-macam lagi.
Semoga Ramadhan kali ini membuka pintu rezeki kami seluas-luasnya untuk masa sekarang dan mendatang. Terima kasih kerana menyokong Warung Nostagia.
Salam Sayang.
xoxo,
Mel & Team
Ulasan
Catat Ulasan