Mulakan Hari Baru Dengan Senyuman... Oppsss... Dengan Sarapan!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua...

Kami bersiaran lagi. Awal bulan Oktober yang lalu merupakan antara waktu yang agak busy bagi #WarungNostalgia Warung Nostalgia. Kami mendapat tempahan berkumpulan yang banyak untuk dipenuhi dan masih ada lagi jadual yang perlu dipenuhi. TERIMA KASIH SEMUA!

Group Helwa Masjid Permas Jaya, Johor Bahru

Sampaikan tak menang tangan untuk melayani semua kehendak pelanggan sehingga kadang-kadang terpaksa tutup kedai untuk pengunjung awam. Kami mohon maaf atas kekurangan ini.

Puan Jariah (3 dari kanan) Ketua Rombongan Kumpulan Helwa Masjid Permas Jaya, Johor Bahru

Kini kami dah buka macam biasa. Singgah-singgah la ke tempat kami ye. Kami buka dari sarapan hingga ke makan malam. Masakan panas pun dah ada. Kalo tak ada urusan yang tak dapat dielakkan, kami buka sepanjang minggu dari 7.45 pagi sampai 10.30 malam.

Entry kali ni kami nak ajak semua untuk mengambil sarapan yang secukupnya. Sarapan adalah salah satu sajian makanan yang penting dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang, ada yang takut untuk mengambil makanan berat hanya kerana mahu menjaga berat badan. Tapi, kami mencadangkan anda mengambil sajian berat pada waktu pagi (mungkin akan dikecam oleh pakar pemakananan/doktor.. hehehe) dimana ia akan mampu bertahan sehingga lewat waktu.

Teh Tarik Madu, Warung Nostalgia

POKOK PANGKALNYA, JANGAN LUPA MULAKAN HARIMU DENGAN SARAPAN UNTUK MEMBERIKAN TENAGA YANG BERPANJANGAN SEBELUM MENAJALANKAN AKTIVITI SEHARIAN!

Ulasan

Catatan Popular