Kemeriahan Suasana

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Dah move on ke blom? Kalo tak leh move on lagi, singgah lagi Warung Nostalgia. Ada lagi sikit tu makanan untuk dihabiskan. Hehehe...

Saya mewakili Warung Nostalgia nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir memeriahkan Jamuan Hari Raya 2018 dan Sambutan Hari Kelahiran yang diadakan malam semalam. Walaupun disertai hujan lebat, masih ramai yang sudi hadir dan menanti hingga akhir rancangan. Maaflah seandainya ada kekurangan dalam sajian dan layanan. Yang penting kita dapat berkumpul ramai-ramai dan semuanya happy. Tak gitu?

 

Antara sajian yang dihidangkan semalam adalah nasi kerabu ayam goreng berempah, mi kari kerang, lemang dan rendang ayam & daging, nasi impit kuah kacang, gulai rusa, kuetiau goreng kerang, puding koktel, sagu gula melaka, kek batik, kek pelangi, buah tembikai dan minuman.


Bagi yang masih tak dapat move on asyik teringat makanan semalam, pagi ni masih repeat datang kedai. Kita keluarkan lagi nasi kerabu, mi kari dan nasi impit untuk santapan semua. Kita juga menerima tempahan katering untuk menyajikan sajian-sajian tersebut. In fact, hari esok dan lusa Warung Nostalgia telah mendapat tempahan makanan bagi orang perseorangan dan syarikat korporat. Untuk tempahan, boleh hubungi kami disini!


Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi hadir dan terima kasih juga kepada teman-teman yang sudi membantu menjayakan acara yang di rancang. Sampai bertemu lagi di acara yang akan datang.

Salam Lebaran,
xoxo
Mel & Team

Ulasan

Catatan Popular