Jamuan Hari Raya 2018 & Sambutan Hari Kelahiran

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua...

Bulan Jun merupakan bulan kelahiran abam. Tepatnya pada tanggal 22 Jun. Sempena hari kelahiran dan juga masih dalam mood Syawal ni, Warung Nostalgia akan mengadakan jamuan Hari Raya 2018 sekaligus sambutan hari kelahiran abam sendiri.

Jemputan telah dikeluarkan melalui FB Page Ismail XTVT Enterprise dan Warung Nostalgia. Kepada semua yang telah Like page tersebut, pasti dah mendapat jemputan. Semua urusan jemputan majlis, update dan sebagainya akan dilakukan melalui page tersebut. Rugi tau tak like! Kalau belum Like tu, sila-silalah membuatnya segera ye.




Nanti jangan lupa ye datang ke majlis abam. Bertempat di Warung Nostalgia, Tanah Rata pada 25 Jun 2018 (Isnin) bermula jam 8.30 malam hingga habis makanan @ 11.00 malam. Ramai-ramai datang mesti meriah. Kita makan sama-sama apa yang ada. Sikit sama dirasa, besar sama dilapah! 
Jangan lupa pakai baju raya tau!!!!


Salam penuh kemaafan dan kasih sayang dari abam.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

xoxo,
Mel & Team


Ulasan

Catatan Popular