Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Entry hari ini adalah bagi berkongsi maklumat tentang perkhidmatan katering yang disediakan oleh Warung Nostalgia.
Selain daripada walk-in customer di warung untuk menikmati juadah, kami juga sedia menerima tempahan sajian bagi kumpulan serendah 10 orang. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Terma bayaran pula, selain daripada secara tunai kami turut menerima bayaran melalui Pesanan Kerajaan (Local Order) bagi jabatan Kerajaan. Harga dan menu boleh dirunding sehingga kata sepakat dicapai.
Antara jabatan Kerajaan yang menggunakan khidmat kami adalah Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, MARDI Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands, Pejabat Agama Daerah Cameron Highlands dan beberapa buah agensi lain lagi termasuk rombongan sekolah.
Bagi kumpulan persendirian, kami turut memberikan khidmat sepenuh hati antaranya kepada kumpulan siswa-siswi Pembelajaran Jarak Jauh UTM, rombongan dari Terengganu, ECER-Empower dan Kelab Sukan dan Kebajikan PDRM Bukit Aman.
Jadi, jangan berlengah lagi. Hubungi kami di talian 010 - 796 9646 (Juga boleh dihubungi melalui aplikasi Whatsapp)!
 |
Salah satu makanan identik Cameron Highlands; Scones |
 |
Nasi Lemak, kini Warung Nostalgia menggunakan pek plastik bagi menggantikan pek polisterin |
 |
Buffet makan tengah hari bagi Kumpulan Ibu Tunggal Daerah Cameron Highlands (Jabatan Kebajikan Masyarakat) |
 |
Nasi Kerabu |
 |
Nasi Ayam |
 |
En Mel Rahman sedang menghidang sajian di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands |
 |
Tempahan laksam oleh pelanggan |
Ulasan
Catat Ulasan