Warung Nostalgia secara dasarnya menyediakan sajian bagi sarapan pagi, makan tengah hari dan makan makam. Untuk sarapan pagi, menu yang disajikan adalah seperti nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, sambal bilis, sambal kerang dan beberapa jenis lagi. Permintaan bagi masakan panas seperti mi sup, bihun sup dan sebagainya bergantung kepada ketersediaan bahan dan kelapangan.
 |
Nasi Dagang |
 |
Nasi Hujan Panas |
 |
Set Nasi Kerabu |
 |
Set Nasi Lemak |
 |
Pulut Uban |
Bagi makan tengah hari, kami suka untuk memperkenalkan nasi campur dengan pilihan lauk pauk melayu terutamanya masakan Pahang seperti gulai tempoyak, asam rom dan sambal hitam. Selain daripada itu, Warung Nostalgia juga menyajikan lauk pauk seperti asam pedas dan sebagainya sesuai dengan citarasa melayu.
 |
Sambal Hitam Mak Minah untuk jualan |
 |
Sambal Tumis Tempoyak Jering |
 |
Asam rom merupakan masakan khas orang Pahang di beberapa daerah |
Bagi makan malam, kami menyediakan masakan panas dengan signature dish iaitu Nasi Goreng Anak Gunung dan Nasi Goreng Sambal Hitam. Kami juga menyediakan aneka nasi goreng, tomyam dan sup.
Warung Nostalgia merencana untuk memperkenalkan masakan Korea bagi makan malam seperti tteokbokki, ramyun dan sbg nya.
Bagi pilihan minuman, minuman yang mendapat sambutan hangat dengan jolokan 'air sedap' iaitu Air Lemon Asamboi, dengan pilihan gula atau madu. Kami juga menyediakan pilihan jus, cendol, air batu campur (ABC) dan air batu jagung (ABJ).
SELAMAT MENJAMU SELERA!!!
Ulasan
Catat Ulasan